Friday, December 11, 2009

5 Kali Kubur Memanggil Kita dalam Sehari….



‘ Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang hati dengan selalu membaca Al-Quran’

‘ Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu bersolat malam’

‘Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, maka amal solah yang akan menjadikannya bagai sebuah hamparan’

‘ Aku rumah bagi ular berbisa, maka bawalah amalan BISMILLAH sebagai penawar’

‘ Aku rumah pertanyaan Munkar & Nakir, maka banyakkan bacaan LAA ILAHA ILLALLAH RASULULLAH supaya kamu mudah menjawab pertanyaan mereka’


Memuliakan Teman...


Antara hak-hak seorang teman adalah seperti berikut (menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam Tarbiyatul ‘awlaad fil Islam)

1. Mengucapkan salam ketika bertemu

Rasulullah SAW, ‘Kalian tidak akan masuk syurga sebelum kalian beriman dan kalian tidak akan beriman sebelum kalian saling mencintai. Maukah kalian ku tunjukkan sesuatu yang apabila kalian kerjakan nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.’

(HR As Syaikhani)


2. Menjenguk teman ketika sakit

Al Bukhari meriwatkan dari Abu Musa Al Asy’ari bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Jenguklah orang yang sakit, berikanlah makan orang yang lapar dan lepaskanlah orang yang dipenjara.’

Asy-Syaikhani meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Hak seseorang Muslim lainnya ada 5: menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiringi orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang yang bersin.’


3. Mendoakan teman ketika mereka bersin

Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila salah seorang di antara kamu bersin, hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah ( Segal Puji Bagi Allah) dan saudaranya atau temannya hendaklah mengucapkan untuknya Yarhamukallah (Semoga Allah Mengasihimu) kepadanya.


4. Menziarahi mereka kerana Allah

Ibnu Majah dan At Tarmidzi meriwatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa menjenguk orang sakit atau menziarahi seorang saudara di jalan Allah, maka ia akan diseru oleh seorang penyeru, ‘Hendaklah engkau berbuat baik dan baiklah perjalananmu kerana engkau akan menempati suatu tempat di syurga.’


5. Menolong ketika mereka kesempitan

Asy Syaikhani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Seorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lainnya dan ia tidak boleh berbuat zalim kepadanya dan tidak boleh menyiakannya (membiarkan dan tidak menolong). Barang siapa menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong kesusahannya, barang siapa menyingkirkan suatu kesusahan dari seorang Muslim, maka Allah akan menyingkirkan darinya suatu kesusahan di antara kesusahan hari kiamat. Dan barang siapa menutupi kesusahanaib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.’


Wednesday, December 2, 2009

Peringatan buat Kaum Hawa.....

1. Wanita solehah lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh


2. Wanita apabila melaksanakan solat 5 waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, sesungguhnya dia berpeluang memasuki mana-mana pintu syurga yg dikehendakinya


3. Apabila kita dipanggil oleh kedua ibubpa kita, kita lebih perlu menjawab panggilan ibu terlebih dahulu


4. Sebaik-baik wanita adalah yg tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yg mustahak.


5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana haram bagi lelaki melihat wanita


6. Wanita yg keluar rumah dan memakai wangi-wangian lalu melalui di hdapan lelaki dan mereka menghidu bau wangian tersebut, maka dia ibarat telah berzina


7. Tidak memuliakan selain wanita yg mulia dan tidak menghinakan selain wanita yg hina


8. Wanita yg tattkan suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia mentaati suaminya dan dipelihara solatnya.

Sekadar perkongsian bersama....

Tuesday, November 24, 2009

10 Laluan Khas Buat Manusia....


Tips untuk memudahkan laluan manusia...

1. Laluan ke Kubur

a) Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b) Hindarkan perasaan iri hati & hasad dengki
c) Tidak mudah terpengaruh dengan emas (kekayaan)
d) Sucikan kadha’ hajat dengan istibra (buang air kecil/ air besar)

2. Laluan berjumpa Izrail

a) Bersihkan diri dengan bertaubat
b) Gembirakanlah hati orang Mukmin
c) Bayar semula kadha’ yang tertinggal
d) Mengasihi Allah dengan sepenuh hati

3. Laluan untuk bertemu Mungkar & Nangkir

a) Mengucap dua kalimah syahadah
b) Suka memberi sedekah
c) Berkata benar
d) Bersihkan dan memperbaiki hati

4. Laluan untuk memberatkan timbangan

a) Belajar atau mengajar ilmu yg bermanfaat kepada orang lain
b) Menyucikan perkataan & pakaian
c) Bersyukur dengan apa yang dimiliki walaupun sedikit
d) Gembira dan redha dengan apapun yang diberikan oleh Allah

5. Laluan memantapkan amalan

a) Jauhkan perkataan yang sia-sia
b) Mengurangkan cita-cita mengejar dunia dan melebihkan mengejar Akhirat
c) Membanyakkan memuji Allah
d) Memperbanyakkan sedekah

6. Laluan melalui titan Sirat Al-Mustakim

a) Mengasihi Allah melebihi segala-galanya
b) Membuat bakti kepada kedua ibubapa
c) Berpegang teguh dengan hukum syarak
d) Bercakap dengan perkatan yang baik sesama makhluk

7. Laluan menjauhkan diri dari Neraka

a) Memperbanyakkan membaca Al-Quran
b) Sentiasa menyesali dan menangisi dosa-dosa yang lalu
c) Meninggalkan perkara-perkara maksiat
d) Menjauhkan diri dengan segala yang haram

8. Laluan untuk memasuki syurga

a) Memperbanyakkan membuat kebaikan sebanyak yang mampu
b) Mengasihi orang –orang yang soleh
c) Mengerjakan segala suruhan Allah

9. Laluan untuk berjumpa Nabi Muhammad

a) Mengasihi Nabi Muhammad SAW
b) Mengasihi Nabi-nabi Allah
c) Menuruti segala yang difardukan oleh Allah
d) Memperbanyakkan selawat terhadap Rasulullah SAW

10. Laluan untuk bertemu Allah

a) Menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Allah SWT
b) Menghindarkan diri daripada menderhaka kepada Allah
c) Membenci segala yang dilarang oleh Allah