Saturday, September 5, 2009

Khasiat KISMIS, KURMA & MADU....

KELEBIHAN KISMIS


Nama-nama bagi kismis:

Inggeris – Grape seed / Raisin
Arab – Zabib
Melayu – Kismis
Saintifik/latin Vitis vinifera

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21
biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat
menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,
menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan
letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia
tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan
penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


Kismis berasal drpd buah anggur yang telah dikeringkan. Penggunaan kismis atau nm scinetifiknya vitis vinifera dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza antara satu sama lain dan namanya juga berbeza antara pelbagai budaya dan bahasa. Kismis boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek dan snek yang lain. Rasa kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Hal inilah yang menyebabkan buahnya mengecut tetapi keadaan ini tidak lansung menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.

Dalam bahagian perubatan, kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bertujuan utk mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Khasiat dan Kegunaan Kismis (Menurut kajian ahli perubatan):

1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

Menurut pakar pemakanan klinikal, Tan Yen Sing, khasiat kismis meliputi pelbagai aspek termasuk dari segi kandungan kalori dan antioksidan serta membantu penjagaan gigi."Antioksidan didapati pada kismis dikenali sebagai catechin adalah daripada keluarga antioksidan yang sedia diserap. Bahan terbabit membantu untuk meningkatkan kesihatan usus besar. Selain kismis, ia boleh ditemui dalam epal dan anggur serta minuman seperti coklat dan teh.


"Selain itu, kismis menyediakan kandungan potassium dan serat. Ia turut mengandungi fruktosa iaitu gula buah semula jadi iaitu sumber tenaga yang baik," katanya pada sesi taklimat mengenai kebaikan kismis yang didatangkan dari California, Amerika Syarikat, di ibu negara, baru-baru ini.

Untuk mereka yang prihatin mengenai penjagaan berat badan, kismis tidak mengandungi sodium, lemak mahupun kolesterol apatah lagi ia mudah dijadikan sajian seharian. Bagi mendapatkan kandungan serat yang baik, disarankan pengambilan dua sajian kismis setiap hari. Menurut anggaran, suku cawan kismis bersamaan dengan satu sajian buah-buahan. Menurutnya, kismis juga boleh membantu untuk memerangi masalah plak gigi dan penyakit gusi.

Berdasarkan kajian Kolej Pergigian, Universiti Chicago, kismis mengandungi bahan 'phytochemical' yang menyekat pertumbuhan bakteria di dalam mulut. Ini sekali gus membantu mengurangkan masalah penyakit gusi dan kerosakan gigi manakala kajian turut menunjukkan tiga daripada empat orang dewasa yang berusia melebihi 35 tahun dilaporkan mengalami beberapa bentuk penyakit gusi.

Dinyatakan di dalam kitab "At-Tib An-Nabawi" (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut." Kismis mengandungi mineral (kalsium & fosforus), Vitamin A & B, glukos dan fruktos.



KELEBIHAN KURMA


Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik.

Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun. Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah:

Maksud: "Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan.

Sabda Rasulullah s..a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu
yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya
anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun
serta cerdas pemikirannya. "

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil
sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya
menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".


Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika
puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan
memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga
dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan
menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal
dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah as. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik

sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir
dan tidak diganggu setan".


Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma
yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajian menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". -Kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) - Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001.


KELEBIHAN MADU



Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan
niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari
77 penyakit".

Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat
hendaklah dia meminum madu".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia
dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam
dada".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu
dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan
oleh 70 Nabi".


Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala
penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan
membersihkan hati".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat
menyenangi madu".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu
memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".


Kelebihan Madu dari Sudut Sains

Sebenarnya madu amat banyak faedahnya kepada manusia, antara yang terbukti oleh sains ialah:

· Madu mengandungi vitamin dan antioksidan ("pinocembrin" yang hanya boleh ditemui di dalam madu), tetapi ia bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.


· Menurut kajian sains, terdapat 2 peringkat tenaga yang dibekalkan oleh madu. Glukos dalam madu diserap dengan cepat oleh badan dan memberikan tenaga segera. Fruktos pula diserap lebih perlahan lantas membekalkan tenaga berterusan kepada badan manusia.


· Dr. Paul Gold seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia berkata , "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam madu"


· Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperolehi lebah

No comments: