Wednesday, September 2, 2009

Peperangan dlm Bulan Ramadhan....


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat mulia. Semua orang tahu tentnag itu. Namun tidak ramai antara kita yang tahu tentang sejarah peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Sy ingin kongsikan beberapa kejadian peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah SAW yang berlaku di sepanjang bulan Ramadhan…. Maklumat ini sy ambil drpd buku tulisan Dr. Muhammad Ali Dannawi yang bertajuk, ‘Madrasah Ramadhan : Penerokaan & Hukum-Hakam’.

1. Peperangan Badar Al-Kubra (17 Ramadhan Tahun 2 Hijrah bersamaan 62 Masihi)

Setelah Nabi SAW berhijrah bersama org2 yg beriman dri Mekah dgn meninggalkan segala harta benda mereka pd awal musim gugur tahun ketiga hijrah, Abu Sufiyan keluar bergerak ke Syam bersama angkatan dagang yg besar. Nabi SAW & para sahabat cuba menyekat tetapi apabila sampai di sebuah tempat bernama al-Insyirah, mereka dapati kafilah Abu Sufiyan telah berlalu dari situ 2 hari sebelum itu.

Apabila Abu Sufiyan mengetahui bahawa Nabi SAW sedang berusaha utk mendapatkan mereka, Abu Sufiyan mengambil langkah menukar haluan perjalanan. Namun, Allah telah merancang perkara yg sebaliknya. Mereka bertembung di pertengahan jln. Nabi tidak ingin berperang. Nabi SAW berbincang dan kata sepakat dicapai iaitu peperangan akan dilakukan memandangkan pd masa itu tentera Quraisy telah pun menyediakan angkatan tenteranya. Pd masa itu, angkatan tentera Quraisy terdiri daripada 1000 org manakala tentera Islam pula seramai 300 orang. Atas semngat yg kuat, peperangan ini dimenangi oleh tentera Islam. Peperangan Badar merupakan peperangan pertama dlm Islam. Peperangan ini menunjukkan bahawa jumlah askar yg sedikit tidak sedikit pun menggusarkan askar Islam kerana keyakinan yg tinggi kpd Allah.

2. Peperangan Al Buwaib di Iraq & Parsi (Ramadhan Tahun 13 Hijrah bersamaan 634 Masihi)

Setelah Khalid Al Walid beredar meninggalkan Iraq menuju ke Syam dgn perintah Khalifah Abu Bakar utk membantu pasukan tentera muslimin menentang Rom, al Muthanna bin al Harithah mengambil alih tempatnya. Al Harithah Berjaya mengasak tentera Parsi secara beransur-ansur sampai ke medan perang di tempat bernama Al Buwaib. Di situlah tentera Parsi yg bernama Mahran di bunuh. Tentera Islam mencapai kemenangan hebat dan Berjaya membuka seluruh Negara Iraq dan PArsi.

3. Pembukaan Makkah Al Mukarramah (21 Ramadhan Tahun 8 Hijrah bersamaan 629 Masihi)

4. Peperangan Penentu untuk Membuka Negara Andalus (Sepanyol) (Ramadhan 92 Hijrah 711 Masihi)

Peperangan ini ditunjangi 3 panglima perang Islam iaitu Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair & Abdul Aziz bin Musa.

5. Peperangan Membebaskan Sur dari cengkaman tentera Salib (22 Ramadhan 583 Hijrah hingga 23 Syawal bersamaan 1187 Masihi)

Pd 15 Ramadhan 83 Hijrah, Sultan Salahuddin mengishtiharkan keazamannya utk membebaskan kota Sur drpd tentera Salib Eropah. Beliau mula mengepung kota itu pd 22 Ramadhan. Kemudian beliau mengarahkan armadanya dari Mesir supaya dtg menyertainya utk mengepung dr arah laut. Sementara beliau memerangi mereka di darat sehinggalah akhirnya kota itu jatuh ke tangan tentera Islam pd 23 Syawal.

6. Peperangan membebaskan Safad dan penyerahan Kirk (Ramadhan 584 Hijrah hingga 14 Syawal bersamaan 1188 Masihi)

Pd awal bulan Ramadhan 584, Sultan Salahuddin Al Ayubi bergerak menuju ke Safad dan kubunya yg kukuh. Beliau membuat pengepungan yg ketat di situ. Semasa tempoh pengepungan itu, Bandar Kirk tleh menyerah diri secara aman namun pertempuran hebat berlaku di Safad sehingga akhirnya bandar itu menyerah kalah pd 14 Syawal.

7. Peperangan Ain Jalut menentang Moghul (25 Ramadhan 659 Hijrah bersamaan 1261 Masihi)

Setelah Holako berjaya menguasai sebahagian besar Negara Syam dan Iraw, tidak termasuk kerajaan-kerajaan tentera Salib yg berserakan di sebahagian pesisiran Syam hingga ke Uka di Palestin, dia melantik panglima tenteranya Katagbha sbg orang yg bertanggungjawab memerintah Syam dan Palestin. Halako pulagn ke Parsi supaya dia dapat berada hamper dgn pusar pemerintahan selepas kemangkatan Khan Mongo pd thun 1259.

Pd bulan Jan 1260, Halako menghantar duta-dutanya kpd sultan kerajaan MAmalik di Mesir iaitu Qataz yg meminta sultan menyerah diri. Setelah membc surat itu, Sultan Qataz mengumpulkan para pembesar dan para ulamanya. Sultan Qataz mengambil keputusan utk berperang menentang Moghul. Peperangan ini berkahir dgn kemenangan pd tentera Islam.

8. Peperangan Hims (Ramadhan 628 Hijrah bersamaan 1231 Masihi)

Setelah tewas di Ain Jalut, tentera Moghul mengatur semula barisan mereka. Panglima mereka iaitu Abgha menggerakkan pasukan tentera yg mahir ttg hal ehwal bumi Syam pd tahun 706 Hijrah/ September 1306 Masihi. Pasukan tentera itu berpecah pd 3 kump menuju ke Halab. Kemudian mereka mengepung Halab dr segenap segi. Mereka membunuh dan membakar masjid. Lantaran itu, Sultan Mansur Qalaqun dr Mesir bangkit utk memerangi mereka. Di kawasan dataran luas Hims, berlakulah peperangan penentu antara kedua piahk dan kemenangan besar berpihak kpd Sultan Mansur Qalawun.

No comments: