Wednesday, November 11, 2009

Peperiksaan oh peperiksaan....

Peperiksaan ooohh peperiksaan…

Setiap kali musim peperiksaan, suasana yg sering saya perhatikan adalah klinik selalunya akan penuh dengan pelajar. Macam-macam penyakit yg datang bila musim exam. Situasi ini membuatkan sy berfikir sebab jadi macam tu… mungkin sebab terlalu banyak study hinggakan terlupa nak makan, tidur tak menentu, mulala pelbagai penyakit datang. Dahsyat sungguh mereka ni study… bagus, bagus, bagus… peperiksaan punya pasal, nak jaga pointer punya pasal, tak makan pun tak apa.. kenapa kita boleh jadi sekuat itu bila menjelang peperiksaan? Apa ada kuasa exm masuk ke badan?? Macam-macam ragam bila jumpa macam-macam orang…

Sy tidak bermaksud untuk mengata mana-mana pihak sbb sy sendiri pun kalau paper semakin dekat, nak pergi kafe beli makan pun rasa macam rugi masa saja…. Tetapi yg sy hairankan kenapa kita boleh bertindak seperti ini?

Sekadar ingin berkongsi, kenapa kita tidak bertindak seperti ini untuk ‘peperiksaan’ yg akan kita hadapi nanti? Apakah kita sanggup korbankan masa tidur dan bangun di tengah malam untuk ‘study carry mark’ yg kita sudah buat untuk hari itu? Apakah kita sanggup menangguhkan masa makan untuk nak selesaikan ‘tugasan 5 kali sehari’ kita tu? Apakah kita sanggup bekejar ke rumahNya untuk mengutip ‘tips-tips’ terakhir sebagai persediaan ilmu untuk kita menjawab di ‘final exam’ kita nnt? Apakah kita sanggup bangun di awal pagi dan ‘menelaah KitabNya’ seperti mana kita sanggup bangun seawal pagi untuk menelaah buku? Pelik kan… keadaan yg sama tetapi kenapa kita tidak mampu untuk menghadapinya dengan cara yg sama…



Skor ‘A’ kita dalam peperiksaan tidak menjanjikan ilmu itu akan ‘A’ jugak manfaatnya dalam kehidupan kita…. tetapi ‘A’ nya amalan kita padaNya memang 100% akan mendapat ganjaran yg ‘A’ dariNya di hari ‘final result’ dikeluarkan nanti…coretan pendek sekadar untuk renungan bersama…….



Surah Al-Kahf, ayat 21...

' Dan demikian (pula) Kami perlihatkan (manusia) dengan mereka, agar mereka tahu bahawa janji ALLAH itu benar dan bahawa kedatangan Hari Kiamat tidak ada keraguan padanya...'

No comments: