Thursday, November 12, 2009

Uniknya Serangga...

Semua orang pernah melihat serangga. Memang tak boleh dipercayai andai ada individu yang tidak pernah melihat serangga dalam kehidupannya. Semua orang mengenali serangga tetapi apakah kita semua menyedari keistimewaan serangga ini dalam kehidupan kita dan apakah sumbangannya terhadap kita? Apakah semut diwujudkan hanya untuk mengganggu kita? Apakah semut ini selemah saiz badannya yang kecil?


Serangga. Perkataan yang cantik susunan bunyinya. Secantik ciptaanNYa.. Apa maksud serangga sebenarnya? Berdasarkan Kamus Dewan edisi Ke-3, serangga dimaksudkan sebagai binatang kecil yang badannya mempunyai 3 ruas dan mempunyai 6 kaki. Dari segi istilah biologi, serangga bermaksud haiwan yg mempunyai 6 segmen kaki semasa dewasa dan bahagian badannya dibahagikan kepada 3 bahagian (head,thorax,abdomen). Haiwan ini mempunyai antenna dan kebanyakannya mempunyai 2 pasang sayap. Serangga akan mengalami perubahan semasa tumbesarannya. Antara contoh serangga yg kita ketahui adalahs seperti semut, kumbang, tebuan, lebah dan pepatung (http://www.thefreedictionary.com/insect). Apakah hanya ini sahaja serangga yang ada di dunia ini? Kejadian manusia, ilmu yg dimiliki oleh kita tidaklah sebesar mana kalau dibandingkan dengan ilmuNya.. kerdilnya kita sebagai hambaNya...



'Katakanlah Muhammad, ‘’Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)’’…
Surah Al Kahf, 109.

Mengikut kajian yg dilakukan oleh para saintis entomologist (entomologist : saintis dalam bidang serangga) sehingga sekarang, terdapat 33 order (order : kumpulan) serangga yang telah dikenal pasti dan masih terdapat berjuta-juta serangga yang masih belum dikenalpasti. 33 kumpulan serangga ini mempunyai perbezaan dan keunikan tersendiri.
(http://www.kendall-bioresearch.co
.uk/class.htm#insecta )
(http://www.earthlife.net/insects/orders.html). Secara ringkasnya, setiap kumpulan mempunyai keunikan dan keistimewaan yg tersendiri dlm kehidupan kita tanpa kita sedari.


Serangga bukanlah ciptaan Dia yg lemah. Walaupun bersaiz kecil, namun kekuatannya mampu mengalahkan manusia. Kisah Raja Namrud di zaman Nabi Ibrahim menyedarkan kita tentang kekuatan nyamuk. Hanya seekor nyamuk saja mampu membunuh Raja Namrud yg sombong itu. Kejadian serangga begitu istimewa hinggakan serangga turut dimasukkan dalam sebuah surah, Surah AnNaml. Sebagai sesama makhlukNya, janganlah kita dengan sesuka hati memijak makhluk istimewa ini.. Tolonglah…. Besar sumbangannya pada kita…

Untuk coretan kali ini, mungkin sedikit perkongsian berkaitan serangga.

Serangga mempunyai kitar hidup seperti kita dan kitar hidup ini secara umumnya dikenali sebagai metamorfosis. Jika dikaji, metamorfosis mempunyai beberapa jenis iaitu anemorfosis, metamorfosis lengkap dan metamorfosis tidak lengkap. Setiap serangga mempunyai kitar hidup yang tersendiri.

Serangga juga mempunyai saluran pencernaan seperti manusia cuma yg membezakannya adalah organ yg ada di dalamnya sangat sesuai dengan bentuk dan pergerakannya. Serangga bernafas menggunakan sistemnya yang tersendiri (menggunakan trakea) dan setiap sistem adalah berbeza.


Dalam as
pek pembiakan, serangga mampu menghasilkan bilangan telur yg sangat banyak. Proses pembiakan serangga juga sangat kompleks bermula dengan serannga jantan akan mengesan bau pheromene (pheromone : sejenis hormon yg berbau yg dikeluarkan oleh serangga betina) dan langkah copulating ( istilah kita : seperti bercinta) seterusnya persenyawaan. Ada antaranya yg menyimpan ribuan telur dalam badannya. Allahuakbar, sangat kuat makhluk yg kecil ini kan.

Sistem komunikasi yg digunakan oleh serangga sangat kompleks dan masih dikaji oleh saintis. Cuba kita perhatikan pergerakan lebah selepas lebah pulang ke sarangnya. Ada yg akan membuat pergerakan seperti bentuk 8 kan (waggle dance)? Sebenarnya itu merupakan salah satu sistem komunikasi lebah. Pergerakan itu memberi maksud kedudukan dan kualiti makanan yg baru diperolehinya. Maklumat itu sebenarnya sedang disampaikan kepada lebah-lebah yg lain supaya mereka turut berjaya mengesannya berpandukan kepada isyarat yg telah diberikan. Dari aspek berkomunikasi menggunakan bahan kimia, serangga mempunyai pelbagai bahan kimia dalam badannya yg digunakan sbg medium untuk menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Menurut kajian, saintis menjumpai pelbagai jenis alkena dlm badan serangga yang sebahagiannya masih dalam kajian.. Walaupun kecil, namun tidak semua tentang sudah dikaji. Keadaan ini menunjukkan kepada kita betapa kompleksnya ciptaan Dia dan betapa terhadnya ilmu kita kan. Jadi jgnlah kita kita menyombong dgn ilmu yg tak sebanyak ni…

Mungkin tidak ramai antara kita yg tahu bahawa serangga mempunyai sistem sosial dalam masyarakatnya dan sistem sosial ini berbeza antara kumpulan. Contohnya sistem sosial antara semut dan lebah berbeza walaupun mereka tergolong dalam kumpulan yg sama ( kumpulan Hymenoptera). Satu lagi keunikan kehidupan serangga. Walaupun mempunyai sistem sosial dan hidup dalam kelompok bilangan yg sangat banyak (mungkin sehingga berjuta), namun masyarakat ini tahu peranan masing-masing dan mereka akan bersama-sama melindungi ‘negara’ yg mereka bina. Setiap kasta (istilah untuk hieraki sistem sosial serangga) mempunyai peranan masing-masing dan mereka saling melengkapi.

Ramai antara kita yg tidak menyukai semut, namun tanpa kita sedari serangga mempunyai peranan yg sangat penting dalam kehidupan manusia. Apa yg kita perolehi daripada serangga? Banyak sebenarnya. Antara sumbangannya adalah dalam bidang kesihatan (madu), aspek perubatan (bahan kimia), agen pendebungaan dan merupakan agen yg digunakan oleh pakar biologi persekitaran untuk mengetahui tahap sesuatu pencemaran (kumpulan Ephemeroptera, Trichoptera dan Plecoptera digunakan untuk menunjukkan tahap pencemaran air). Serangga juga digunakan dalam forensik untuk tujuan mengesan lokasi dan kaedah pembunuhan ( sangat menarik)….

Sekiranya ada yg mempunyai maklumat berkaitan, sy amat mengalu-alukan perkongsian drpd anda... terima kaseh...

No comments: